“marilah kepadaKu, wahai hamba-hambaKu
Bersegeralah pulang, ke pangkuanKu
Aku tetap menerimamu percayalah padaKu
Kamu hamba ciptaanKu,
lemah dan lalai adalah watakmu
Aku mahu Kau akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datanglah kepadaKu
Mengakulah bersalah menangislah di depanKu
Tanda penyesalan yang tidak sudah
Ketahuilah wahai hambaKu rintihan orang yang berdosa
Lebih aku cintai daripada tasbih para Auliya’
Jangan bertangguh-tangguh lagi
Siapalah yang tidak bersalah,
kamu adalah hamba
Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta pada orang yang bertaubat
Wahai hamba-hambaKu minta ampunlah kepadaKu
Aku tetap menerimamu bukankah Aku Tuhanmu … ?
Kasihku kepadamu melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.
Begitulah pesanan Allah kepada hamba-hambaNya
Mengikut keterangan Al-Quran dan As-sunnah.”
Dari novel,
p E n c a r I c I n t a
No comments:
Post a Comment